Khamis, 7 Mei 2015

Cabaran seorang pendidik kini

Sudah hampir 30 tahun aku bergelumang dgn onak dan duri, seri dan kembang dunia pendidikan.
Kadang-kadang rasa ingin mengalah, namun kadang-kadang rasa ingin terus berjuang.
Dari seorang guru biasa hingga kini bergelar pentadbir...Guru Besau kata Cikgu Shaari.

Makin lama makin hilang gerun murid pada guru, makin lama makin sukar dibendung sikap murid yang sering tak terfikir dek akal kita perkara-perkara yang dilakukan oleh anak murid kita...anak didik kita.

Apa kita tidak garang seperti dulu...walau garang tapi kita dikerumuni murid. Namun kini kian kendur taring..maka kian kurang rasa hormat di jiwa murid.

Seringkali kini bila mau tidur ,tangan kan melekat di dahi...memikirkan ke mana hala tuju yang ingin kita bawa anak-anak didik kita.

Apa yang pasti guru-guru kini kena lebih sering memikir, perlu lebih kreatif, perlu lebih bersedia mental dan fizikal dalam mendepani dunia pendidikan abad ini. Jangan lagi hanya bergantung kepada apa yang tercatat dalam buku teks, bukan lagi hanya boleh ikut silibus terus tanpa ada titik berhenti sebentar menunggu anak-anak yang masih lambat sampai di penghujung perjalanan mereka dalam memnimba ilmu yang kita ingin berikan.

Kata-kata pujangga orang-orang tua, "Biar lambat asal selamat" saya kira masih lagi relevan bila kita perlu berdepan dengan anak-anak didik kita yang perlukan bimbingan dalam meneruskan perjalanan menuju kejayaan.

Jangan dek kerana mengejar silibus, ada anak yang tercicir, jangan dek kerana nak mudah maka tak perlu difikir apa akan jadi pada mereka...

Sepatah ingin saya pesan: 'Anak-anak ini amanah Allah, tanpa adanya mereka tak perlu ada kita"

Renung-renungkanlah......